Monday, March 15, 2010

TAYANGAN SLIDE SEPANJANG PROGRAM KEM ANAK SOLEH

Tayangan slide sepanjang program...

lihat lah juga antara titisan-titisan air mata para peserta yang tumpah di bumi Maahad ini....titisan keinsafan untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang gemilang,terbilang dan dijulang demi membina ummah masa depan yang cemerlang..

Lihatlah wahai para waris semua,anak-anakmu memerlukan kasih sayang dari padamu, wahai para waris sekelian,bimbinglah mereka,dodoikan mereka dengan alunan-alunan zikrullah.Jangan disebabkan kelekaan kita sekarang ,menyebabkan mereka menyalahkan kita pada masa akan datang.!!!!!!




tayangan slide



tayangan slide



tayangan slide



Tangisan-tangisan yang bernilai....




Majlis penyampaian Sijil dan cenderahati



Jamuan makan sebahagian daripada urusetia yang telah
menjayakan program Kem Anak Soleh ini.
Tanpa kerjasama dari semua nescaya program ini tidak akan berjalan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kem ini.

VIDEO CLIP SEKITAR PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN KEM ANAK SOLEH 2010




Ketibaan Waris



Peringatan dari pengerusi majlis



Bacaan Ayat2 suci Al-quran oleh salah seorang peserta kem,ucapan dari pengarah program,wakil pengetua dan YB Ustaz Abd.Ghani Ahmad

SEKITAR MAJLIS PENUTUPAN PERASMIAN KEM ANAK SOLEH 2010

Majlis penutupan ini telah ditutup dengan gilang-gemilangnya oleh YB Ustaz Abd.Ghani b.Ahmad,Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga segala amanat dan ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak semua akan dapat dipratikkan ketika pulang kerumah nanti.

Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah,
sebagai permata ayah dan bonda kelak.



bacaan al-quran dari salah seorang peserta

antara waris peserta kem


tayangan slide sepanjang kem anak soleh

Thursday, March 11, 2010

SUASANA SEKITAR KEPUTUSAN SPM 2009








KEPUTUSAN SPM MMLKW 2009

Tahniah !!!

kepada calon-calon spm 2009 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam keputusan masing-masing,bagi yg gagal,anda boleh berusaha lagi.Kerana pintu-pintu kejayaan sentiasa terbuka untuk anda semua.





Ucapan daripada PK AKADEMIK MMLKW sebagai wakil kepada Puan Pengetua MMLKW.


NAMA-NAMA PELAJAR CEMERLANG SPM 2009
ANALISA SPM 2009

Sunday, March 7, 2010

IKLAN KEM ANAK SOLEH


TARIKH TUTUP PENDAFTARAN IALAH PADA HARI KHAMIS 11 MAC 2010

LAWATAN SERTA PERJUMPAAN BERSAMA YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH

Pada hari ini juga Maktab Mahmud Langkawi telah didatangi oleh YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH ,jk Pembangunan Insan bersama dengan rombongannya untuk mengadakan lawatan serta perjumpaan bagi membincangkan program Kem Anak Soleh anjuran kerajaan negeri Kedah Darul Aman.Kem Anak Soleh ini akan diadakan pada :

Hari : sabtu,ahad dan isnin,
Tarikh : 13,14 dan 15 Mac 2010
Tempat : Maktab Mahmud Langkawi
Peserta : Murid-murid tahun 5 dan 6 sek.keb sekitar Pulau Langkawi.

Bagi mana-mana waris yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka menghadiri kem ini pendaftaran sudah dibuka sekarang sila hubungi pejabat MMLKW,nom tel : 04-9555301 waktu pejabat sahaja.

Pendaftaran adalah terhad siapa cepat dia dapat.



Yb melawat asrama putera dan puteri

lawatan ke asrama

lawatan ke asrama

lawatan ke asrama

BACAAN YAASIN UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN

Pada perhimpunan pagi tadi pihak pentadbiran Maktab Mahmud Langkawi telah mengadakan bacaan Yaasin secara beramai-ramai. Memohon kepada Allah s.w.t agar para pelajar dan sekolah sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t.Bacaan yaasin ini diketuai oleh Ustaz Ahmad Hifzi b.Abd.Rahim.


Anda mungkin juga tertarik :

Related Posts with Thumbnails

MY ads

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts