Showing posts with label Berita Pilihan Hem MMLKW. Show all posts
Showing posts with label Berita Pilihan Hem MMLKW. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

IKLAN PROGRAM ILMIAH

Detik-Detik Serangan Israel ke Kapal Kemanusiaan Gaza

Apa komen anda ????



Allah telah berfirman di dalam Al-Quran,
yang bermaksud :
“Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka…”
(Surah Al-Baqarah:120)

Wednesday, May 19, 2010

PROGRAM SEHARI BERSAMA ULAMAK

Pada 17/5/2010 yang lalu pihak maktab mahmud langkawi telah dijemput untuk sama-sama meraikan dan mengimarahkan program sehari bersama ulamak.Program ini telah diadakan di Kompleks Sukan Lada.Alhamdulillah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk langkawi ,dan pelbagai persoalan dilontarkan kepada ulamak2 yang hadir pada majlis tersebut.Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman bersama Pejabat Daerah Langkawi.

Kepada sesiapa yang mempunyai persoalan-persoalan berkaitan dengan agama bolehlah terus menghantar email ke : muftikedah@gmail.com ,soalan anda akan dijawab terus oleh ahli-ahli majlis fatwa kepada anda.

Semoga akan lahir nanti pewaris-pewaris ulamak dari
Maktab Mahmud langkawi...Amin









Monday, May 10, 2010

ISTIREHAT ATAS BUKIT

Pada cuti hari sabtu lepas saya dan keluarga telah meluangkan masa untuk beristirehat atas bukit(kebun),setelah lebih kurang setahun tak naik menjengok.Disebabkan oleh kekangan masa dan tugas-tugas harian menyebabkan saya tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

( gambar-gambar di bukit )


" dangau " yang baru siap


Tengah berselera makan,
menu ringkas saja sambal belacan,ikan bakar dan ulam-ulaman.
Para pembaca blog boleh bayangkan le bila tengah lapar dengan menu yang membuka selera
di ulit angin sepoi-sepoi bahasa........





Wednesday, April 28, 2010

PEMANDANGAN SEKITAR MAKTAB MAHMUD LANGKAWI




Pemandangan bangunan Sekitar MMLKW dari bagunan Ibnu Sina tingkat 2.

Monday, April 12, 2010

Pendapatan Blogger Dalam Pengiklanan Adsense

Ramai yang suka membina blog pada hari ini. Pemilik blog kebanyakannya menyediakan ruang iklan sebagai salah satu sumber pendapatan kepada mereka.

Antara pengiklanan yang popular adalah pengiklanan Google Adsense. Google Adsense adalah pengiklanan yang berkonsepkan PPC iaitu Pay Per Click. Iaitu anda dibayar sekiranya ada pelawat yang klik pada iklan adsense anda.

Setiap kali pelawat blog masuk ke blog, kemungkinan mereka akan klik pada iklan adsense itu ada jika dirasakan tawaran iklan itu menarik perhatian mereka.
Ada juga yang menjadikan pengiklanan adsense di blog sebagai pendapatan utama.
Tetapi ramai yang berhenti separuh jalan kerana hasil yang diterima melalui pengiklanan adsense tidak begitu tinggi.

Antara sebab-sebabnya adalah:

a) penat update blog setiap hari tetapi tiada orang pun yang klik pada iklan adsense.
b) pelawat yang masuk bukanlah pelawat yang berpotensi untuk klik pada iklan adsense anda.
c) 1 klik iklan di adsense anda semurah $0.01 saja.

Persoalannya, "Bila nak kaya kalau macam ni?"

Oleh itu sebuah panduan berbentuk ebook diterbitkan oleh saudara Syah-A supaya
ianya dapat membantu mereka yang kecewa dalam pengiklanan adsense.
Anda boleh dapatkan penerangan lanjut di laman web di bawah:

http://www.adsense-mahal.com/index.php?ref=duitadsense

Ikhlas,
Ahmad Zaki

Monday, March 15, 2010

TAYANGAN SLIDE SEPANJANG PROGRAM KEM ANAK SOLEH

Tayangan slide sepanjang program...

lihat lah juga antara titisan-titisan air mata para peserta yang tumpah di bumi Maahad ini....titisan keinsafan untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang gemilang,terbilang dan dijulang demi membina ummah masa depan yang cemerlang..

Lihatlah wahai para waris semua,anak-anakmu memerlukan kasih sayang dari padamu, wahai para waris sekelian,bimbinglah mereka,dodoikan mereka dengan alunan-alunan zikrullah.Jangan disebabkan kelekaan kita sekarang ,menyebabkan mereka menyalahkan kita pada masa akan datang.!!!!!!




tayangan slide



tayangan slide



tayangan slide



Tangisan-tangisan yang bernilai....




Majlis penyampaian Sijil dan cenderahati



Jamuan makan sebahagian daripada urusetia yang telah
menjayakan program Kem Anak Soleh ini.
Tanpa kerjasama dari semua nescaya program ini tidak akan berjalan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kem ini.

VIDEO CLIP SEKITAR PROGRAM PERASMIAN PENUTUPAN KEM ANAK SOLEH 2010




Ketibaan Waris



Peringatan dari pengerusi majlis



Bacaan Ayat2 suci Al-quran oleh salah seorang peserta kem,ucapan dari pengarah program,wakil pengetua dan YB Ustaz Abd.Ghani Ahmad

SEKITAR MAJLIS PENUTUPAN PERASMIAN KEM ANAK SOLEH 2010

Majlis penutupan ini telah ditutup dengan gilang-gemilangnya oleh YB Ustaz Abd.Ghani b.Ahmad,Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga segala amanat dan ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak semua akan dapat dipratikkan ketika pulang kerumah nanti.

Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah,
sebagai permata ayah dan bonda kelak.



bacaan al-quran dari salah seorang peserta

antara waris peserta kem


tayangan slide sepanjang kem anak soleh

Friday, February 26, 2010

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN AIR PENAWAR DAN PENGIJAZAHAN HIZIB AN-NAWAWI DAN AL-BAHAR

Majlis ini telah berlangsung pada malam tadi bermula pada pukul 8.30 malam,bertempat di masjid Al-Hana kuah,Langkawi .Hadirin dijangka melebihi 400 orang.

Terima kasih pihak kami ucapkan kepada semua yang telah sudi mengimarahkan majlis ini,semoga segala apa yang disampaikan dan diijazahkan oleh yang berbahagia ust.hanif akan dapat diamalkan dalam kehidupan nanti.







Antara para hadirin yang hadir



Pengijazahan Hizib An-Nawawi dan Al-Bahar



Doa yang dibacakan oleh yang berbahagia Us.Hanif sebagai simbolik menandakan bahawa air penawar "az-zubaidiyah" sudah dilancarkan dengan rasminya.

Wednesday, February 24, 2010

SEJAUH MANAKAH KITA KASIH DAN CINTA PADA RASULULLAH S.A.W????

Sempena sambutan Ulangtahun kelahiran Rasulullah S.A.W,marilah sama-sama kita muhasabah kembali diri kita sejauh mana kita kasih dan cintakan Rasulullah. Adakah kita sudah mengikut segala ajaran yang dibawanya...jadi semoga paparan gambar2 kenangan tinggalan dari Nabi s.a.w ini dapat memberikan sesuatu yang amat berharga untuk diri kita semua.......hem MMLKW










Saturday, February 13, 2010

Satu lagi perbuatan kejam


Oleh KHAIRI MOHAMAD

Anggota polis memeriksa tong sampah di mana mayat seorang bayi (dalam bulatan) dibuang dan dibakar di Jalan Tengku Zainal Abidin, Kuala Krai, Kelantan semalam.

KUALA KRAI - Mayat seorang bayi yang masih terlekat dengan uri dan bertali pusat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dibuang sebelum dibakar di dalam sebuah tong sampah di Jalan Tengku Zainal Abidin di sini semalam.

Akibat dibakar, bayi lelaki cukup sifat yang dipercayai baru dilahirkan kurang 48 jam itu, rentung separuh badan sehingga menyebabkan kakinya terputus.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu sudah mati atau dibakar hidup-hidup sebelum dibuang.

diambil dari KOSMO online 14 Feb 2010.

Komen Saya !!!!

Betapa parahnya nilai sosial ummat islam hari ini,sehingga sanggup melakukan kerja-kerja terkutuk sebegini ...INILAH YANG DIKATAKAN JAHILIYYAH MODEN

p/s : Apa komen anda..silakan ???

Anda mungkin juga tertarik :

Related Posts with Thumbnails

MY ads

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts