Sunday, October 24, 2010

Friday, October 8, 2010

SAMBUTAN AIDILFTIRI MAKTAB MAHMUD LANGKAWI 2010

Jumaat, 8 / oktober /2010

Satu majlis sambutan hari raya aidilfitri telah diadakan di Maktab Mahmud Langkawi. Sambutan ini telah diadakan dengan kerjasama dari guru-guru cemerlang tahun lepas,pengurusan asrama dan juga kantin sekolah.Semoga kerjasama yang sebegini akan dapat diteruskan lagi demi untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara semua warga MML.

Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus demi menjayakan majlis gilang gemilang seumpama ini..semoga Allah sahaja akan membalas jasa kalian.


gambar-gambar sekitar sambutan aidilfitri


Ucapan aidilfitri dari Pk Akademik, Us.Hayazid Halim mewakilin
Puan Pengetua.

Antara tetamu-tetamu yang sudi memeriahkan lagi malam sambutan aidilftri.




video clip














Tuesday, July 20, 2010

RAHSIA MENJANA PENDAPATAN HARIAN ANDA

Mungkin tajuk di atas begitu mengujakan anda...
siapa tidak mahu untuk menjana wang tiap-tiap hari.
Mungkin anda ada barang sendiri untuk dijual,
tapi tidak mengetahui bagaimana untuk mendapat prospek baru anda????
anda tidak ada idea barang-barang apa yang anda hendak jual di internet..
Tak perlu ada stock barang pun.....

jangan risau segalanya akan berubah sekiranya anda berjaya memiliki DVD yang telah dibuat khas untuk mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan internet..."Ebay"

sila klik pada gambar di bawah untuk mengetahui lebih lanjut..


DVD ini membongkar

segala-galanya tentang Perniagaan Ebay..dan sesuai untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang ini...

dapatkan segera sebelum disambar oleh orang lain..

saya telah menceburi dalam bidang Ebay ini selama 2 tahun, dan begitu banyak pengalaman manis dan buruknya...tapi dari pengalaman itulah saya membina kekuatan,berdamping dengan OTAI2..dan belajar melalui DVD ini.....ahmad zaki

maka sekarang alhamdulillah...

setiap hari saya menjana pendapatan..

bukan dalam ringgit malaysia,tapi dalam usd.

Oleh itu..beli dulu dan fikir kemudian...

gambar di bawah adalah salah satu akaun paypal saya ,

sekadar contoh untuk paparan anda...

Pendapatan dari 19 julai hingga 21 julai..


Sunday, July 18, 2010

CERAMAH MOTIVASI UNTUK GURU-GURU DAN STAF MMLKW

Pada 3 julai 2010 yang lalu,pihak pentadbiran MMLKW telah mengadakan satu ceramah motivasi untuk guru-guru dan staf. Ceramah ini telah diadakan di Hotel Grand Continental Kuah Langkawi. Tujuan diadakan ceramah ini ialah untuk meningkatkan lagi prestasi kerja masing-masing demi memastikan segala yang dirancang dapat berjalan dengan sempurna. Ceramah ini telah disampaikan oleh encik sudin bin sarmin ,pensyarah unit Kaunseling institut Perguruan Perlis. Semoga segala input-input yang disampaikan akan dapat diaplikasikan oleh semua yang terlibat.






video clip




KURSUS HEADCOUNT DAN POST MORTEM UNTUK GURU-GURU MMLKW

Pada 26 JUN 2010 yang lalu, satu kursus penerangan tentang "Headcount" telah diadakan di Bilik Tayangan. Seluruh warga pendidik terlibat dalam kursus tersebut. Headcount merupakan satu perkara baru di MMLKW .Kursus selama 2 jam ini telah dikendalikan oleh cikgu yazid dari sekolah menengah tunku putra. Semoga kursus yang diadakan ini akan memberi menafaat kepada guru-guru sekelian...

gambar-gambar sekitar kursus

Penolong Kanan Akademik/Pentadbiran
us.Hayazid b.halim sedang berucap

guru-guru lelaki

guru-guru perempuan


Clip video








Sunday, June 27, 2010

VIDEO CLIP SAMBUTAN HARI GURU MMLKW

ACARA DALAM DEWAN



LAKONAN TINGKATAN 1 IHSAN



UCAPAN HARI GURU DARI 1 IHSAN



BERBALAS PANTUN ANTARA GURU DAN PELAJAR



SAJAK DARI TINGKATAN 4


PENTOMEN TINGKATAN 5


PERSEMBAHAN DARI GURU-GURU PEREMPUAN

VIDEO CLIP SAMBUTAN HARI GURU MMLKW




RAPTAI PERSEMBAHAN NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA
DAN GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

(rupa-rupanya guru-guru maktab mahmud ni berbakat besar)



TAHLIL

ACARA SUKANEKA


ACARA FUTSAL ANTARA GURU-GURU DAN PELAJAR
(guru-guru mengalahkan pelajar dengan 2-0)



SEPAKAN PENALTI
(guru-guru mengalahkan pelajar )



BOWLING BUAH NYIUR
(guru-guru mengalahkan pelajar )



BOLA BERACUN (kelakar)
(guru-guru mengalahkan pelajar )



SEMAKIN JAUH SEMAKIN SAYANG (kelakar)
(Pelajar mengalahkan guru-guru )

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT MMLKW

Pada hari khamis yang lalu ( 24/6/2010),MMLKW telah mengadakan majlis sambutan hari guru peringkat sekolah.Pada hari tersebut telah diadakan pelbagai aktiviti-aktiviti bersama guru dan pelajar.Dimulakan dengan sukaneka pada sebelah pagi ,kemudian disambung dengan acara dewan pada tengaharinya.

"Selamat Menyambut Hari Guru"

"Guru Pembina Negara Bangsa"





Saturday, June 26, 2010

SIJIL SMRAMM TAHUN 2007 DAN 2008

PERHATIAN !!!

Kepada bekas-bekas calon SMRAMM 2007 dan 2008 ,anda boleh dapatkan sijil anda masing-masing di Pejabat MMLKW.

Sila bawa bersama kad pengenalan dan berjumpa dengan staf pejabat MMLK untuk urusan pengambilan Sijil masing-masing.

Sila sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.

GENERAL CERTIFICATE OF EDUCATION ORDINARY LEVEL

PERHATIAN !!!

Nama-nama di bawah ini sila datang ke Maktab Mahmud Langkawi untuk mengambil sijil seperti di atas .

1- ) Amir Fidaiy bin che omi
2- ) Hafiz Alwan bin shahabudin
3- ) Muhammad Taufiq bin hassan
4- ) Mohd hasbullah bin mohd radzi
5- ) Muhammad khairul anuar bin tahir
6- ) Muhammad luqman bin omar
7- ) Fatin nurhaziqah bt.darus
8- ) Nasriah bt.ismail eh
9- ) Noor syafina bt.shuib
10-) Nur izzati bt.Madzi
11-) Nur syafawati nabilah bt.mohd isa
12-) Nurul syakirin bt.naserun
13-) Nurun nasihah bt.haris
14-) Rabiatul adawiyah bt.abu halipah
15-) Azizah bt.ali
16-)Bidayah bt.ahmad
17-)Nabila bt.mohatar
18-)Nor amerah bt.abd radzar
19-)Nor dayana emilia bt.azali
20-)Nor hidayah bt.hussain
21-)Nor nadia bt.shubri
22-)Nur atikah bt.ahmad besri
23-)Nur farahanim bt.azis
24-)Syafawati bt.abdul talib

Sila bawa bersama kad pengenalan dan berjumpa dengan staf pejabat MMLK untuk urusan pengambilan Sijil masing-masing.

Sila sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.

Wednesday, June 23, 2010

MAJLIS PENYERAHAN TUGASAN AJK PIBG

Pada hari khamis,3/6/2010.

Pihak pibg MML telah mengadakan sesi serahan tugasan kepada AJK Pibg yang baru dilantika pada mesyuarat pibg baru-baru ini.Diucapkan selamat bertugas semoga AJK yang baru ini dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin lagi.Demi meningkatkan prestasi,akhlak dan kecemerlangan untuk anak-anak pelajar MML.


Penyerahan tugas Us.Solahudin (kanan) kepada Us.Rasidi (kiri)
sebagai setiausaha PIBG yang baru
















VIDEO CLIP SEKITAR MAJLIS IDUL ILMI 2010















KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR SEKITAR IDUL ILMI 2010

KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR IDUL ILMI 2010


PROGRAM SEMAKIN KASIH SEMAKIN SAYANG

Baru-baru ini pihak pengurusan asrama telah mengadakan program semakin kasih semakin sayang.Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi ukhuwwah antara penghuni2 aspura.Selain itu ialah untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam diri mereka bagi meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu Allah s.w.t di bumi Maahad Langkawi ini.

SESI SUAP MENYUAP

KOMANDO SAWAH PADI



VIDEO CLIP











Wednesday, June 2, 2010

IKLAN PROGRAM ILMIAH

CUTI PENGGAL PERTAMA

Dimaklumkan kepada semua para waris sekelian bahawa Maktab Mahmud Langkawi akan mula bercuti pada 4 Jun 2010 hingga 19 Jun 2010.

Manakala bagi penghuni-penghuni asrama dikehendaki untuk datang semula pada 19 Jun 2010 nanti,sebelum pukul 6.00 petang.

Semoga para pelajar sekelian dapat memanfaatkan masa-masa lapang nanti dengan membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Pihak pentadbiran dan semua guru-guru mengucapkan selamat bercuti kepada para pelajar sekelian dan InsyaAllah kita akan bertemu lagi di penggal yang kedua nanti.

Detik-Detik Serangan Israel ke Kapal Kemanusiaan Gaza

Apa komen anda ????



Allah telah berfirman di dalam Al-Quran,
yang bermaksud :
Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka…
(Surah Al-Baqarah:120)

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH LANGKAWI


Pada hari ini,telah diadakan sambutan perayaan hari guru peringkat daerah langkawi.
Bertempat di Kompleks Sukan Lada Kuah Langkawi.


" Guru Pembina Negara Bangsa"




Persembahan dari murid-murid Sk Menghulu




Anugerah kecemerlangan kepada sekolah-sekolah sekitar Langkawi




Tokoh Guru Tahun 2010

Wednesday, May 19, 2010

REHAT MINDA 2

Pada cuti idul ilmi baru-baru ini,saya bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain meneruskan aktiviti mendaki bukit.Macam biasa le selain dari bercucuk tanam ianya dapat juga menyihatkan badan dan merehatkan minda.Di sini ingin saya berkongsi gambar-gambar yang diambil semasa berada di bukit dan suasana keindahan hutan yang hijau dan menyegarkan.

sambil-sambil menikmati hidangan yang tak seberapa tapi lazat dan menyelerakan......Pengunjung semua dapat bayangkanlah...

Sempat juga menyambut hari ibu...selamat hari ibu kami sekeluarga ucapkan kepada ibu( siti asa bt.nanyan) yang telah membesarkan dan mendidik kami semua menjadi insan yang dapat berbakti kepada masyarakat..semoga Allah merahmati ibu dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah .

Amin !!!

sambal belacan pilihan kami 4 beradik,tak ada sambal ni tak makan nasi oooo !!!

ulam-ulaman

ikan banang bakar

telur ikan banang










cara buat sambal belacan langkawi,cicah sekali nak lagi..




Hari Ibu

PROGRAM SEHARI BERSAMA ULAMAK

Pada 17/5/2010 yang lalu pihak maktab mahmud langkawi telah dijemput untuk sama-sama meraikan dan mengimarahkan program sehari bersama ulamak.Program ini telah diadakan di Kompleks Sukan Lada.Alhamdulillah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk langkawi ,dan pelbagai persoalan dilontarkan kepada ulamak2 yang hadir pada majlis tersebut.Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman bersama Pejabat Daerah Langkawi.

Kepada sesiapa yang mempunyai persoalan-persoalan berkaitan dengan agama bolehlah terus menghantar email ke : muftikedah@gmail.com ,soalan anda akan dijawab terus oleh ahli-ahli majlis fatwa kepada anda.

Semoga akan lahir nanti pewaris-pewaris ulamak dari
Maktab Mahmud langkawi...Amin









MISTERI KOTAK PUTIH

Pada pagi 16 mei yang lalu,pejabat maktab mahmud langkawi telah digemparkan dengan satu kotak putih misteri yang tidak tahu siapa yang menghantarnya.

Rupa-rupanya sebiji kek telah dihantar oleh YB Rawi Adun Air hangat,yang telah bermurah hati memberikan sebiji kek sempena sambutan hari guru baru-baru.

Terima kasih di atas pemberian ini ,semoga Allah menambahkan kekuatan dan semangat untuk YB berbakti kepada bangsa dan negara terutamanya di bumi langkawi ini khasnya.




PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA BERMULA

Peperiksaan penggal pertama 2010 maktab mahmud langkawi telah bermula.Peperiksaan ini bermula dengan tilawah al-quran pada 17/5/2010 ,untuk tingkatan 4 dan 5.Manakala peperiksaan tilawah al-quran tingkatan 1,2dan 3,ialah pada 20/5/2010.

Pihak HEM dan semua warga maktab mahmud langkawi mendoakan kejayaan anda semua.

Amin !!



Wednesday, May 12, 2010

ANUGERAH GURU-GURU CEMERLANG SESI 2009


ANUGERAH GURU CEMERLANG SMRAMM 2009

( Peperiksaan Sijil Rendah Agama Maktab Mahmud)


UPDATE TERKINI

Salam kepada pengunjung Blog ini...

Alhamdulillah majlis idul ilmi maktab mahmud langkawi telah berjalan dengan lancar dan penuh gilang gemilangnya...semoga majlis yang diadakan ini sebagai satu pembakar semangat kepada anak-anak pelajar yang lain.Tujuan diadakan majlis seumpama ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah mendapat kejayaan yang gilang-gemilang untuk sesi 2009 samada dalam kurikulum mahupun kokurikulum.

begitu juga tidak lupa kepada guru-guru yang berusaha bersungguh-sungguh demi memastikan martabat maktab mahmud langkawi dapat dijulang setinggi mungkin.
...insyaAllah


untuk makluman anda semua,saya sedang mengumpul koleksi2 gambar dan video majlis idul ilmi maktab mahmud langkawi...insyaAllah saya akan update gambar2 terkini untuk anda semua bila sudah mendapat bahan-bahannya nanti...tungguu !!!!

Tuesday, May 11, 2010

Raptai Persembahan Nasyid Sempena Idul Ilmi

Raptai persembahan nasyid putera dan puteri .


Nasyid Putera ( 5min)



Nasyid Puteri lagu pertama ( 7min)




Nasyid Puteri lagu kedua (5 min )


SEKITAR RAPTAI IDUL ILMI 2010

Gambar-gambar dan video klip sekitar Majlis Raptai Idul Ilmi yang berlangsung pada petang tadi di dewan Auditorium Lada,Bangunan Lada Kuah Langkawi.















Anda mungkin juga tertarik :

Related Posts with Thumbnails

MY ads

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts