1. KONSEP
Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. VISI
Modal Insan Murid Terbilang
3. MISI
Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.
4. SENARIO SEDIA ADA
Kaedah pengurusan dan amalan sedia ada agak pelbagai dan merumitkan. Hal ini berlaku kerana setiap sekolah mempunyai gaya dan cara pengurusan tersendiri. Keadaan ini semakin menyulitkan apabila ada antara guru-guru yang tidak memahami peraturan dan Pekeliling berkaitan disiplin, ditambah pula dengan gangguan emosi dalam kalangan guru. Justeru banyaklah tersiarnya berita kecacatan pengurusan disiplin sekolah di media masa.
4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU
Dalam amalam biasa, aspek yang sering diberi perhatian dalam pengurusan disiplin murid adalah terhadap tingkah laku negatif murid. Murid-murid akan dihukum dengan pelbagai cara dan kaedah (adakalanya melangar peraturan yang ada).
4.2 PENGURUSAN DISIPLIN
Amalan biasa juga, menjadikan Setiausaha Disiplin dan GPK HEM sebagai personel penyelesai masalah disiplin. Mereka menjadi orang yang dilonggokkan dengan pelbagai masalah disiplin, sedangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab khusus, yang sama seperti guru-guru lain. Akhirnya, tugas menyelesaikan masalah disiplin menjadi bebanan tambahan yang merungsingkan.
Justeru kita melihat bahawa lantikan Guru Disiplin terdiri dalam kalangan guru-guru lelaki yang garang, brutal dan berani. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan, sehingga membolehkan sebahagian guru terselamat atau mengelak daripada dilantik sebagai Guru Disiplin.
5 SENARIO SEPATUTNYA
e-Disiplin cuba mewujudkan senario baru dan sepatutnya dalam pengurusan disiplin.
5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA
e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses memulihkan murid. Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkah laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untuk menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesi bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik.
5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA
e-Disiplin cuba merealisasikan pekeliling bahawa semua guru adalah guru disiplin. Manakala Setiausaha Disiplin berperanan sebagai penyelaras pengurusan disiplin. Melalui kaedah pengurusan disiplin yang minimum, keadaan ini akan dapat dicapai.
Lantikan Setiausaha Disiplin boleh dibuat tanpa perlu mengambil kira perwatakan dan jantina seseorang guru. Hakikatnya sesiapa sahaja boleh dilantik sbagai Setiausaha Disiplin.
5.3 PENYIMPANAN REKOD
e-Disiplin menyediakan kaedah penyimpanan rekod dalam komputer atau pemacu lain.. Kaedah ini akan mengurangkan beban dan ruang kerja pengurusan disiplin khususnya berkaitan kerja-keja perkeranian dan sistem fail. Malah keadah ini juga akan mengurangkan penggunaan kertas.
6 KAEDAH
e-Disiplin adalah kaedah memulihkan disiplin murid. Justeru itu, e-Disiplin bergerak atas laporan salah laku murid, dan akan disusuli dengan usaha-usaha pemulihan dan bimbingan.
6.1 SALAH LAKU
6.1.1 JENIS SALAH LAKU
Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajran, seperti berikut.
Kod Kesalahan | Kesalahan |
| TINGKAH LAKU JENAYAH |
A01 | BERJUDI |
A02 | MENCURI |
A03 | MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU |
A04 | MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN |
A05 | MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID |
A06 | PERAS UGUT |
A07 | GENGSTERISME |
A08 | BAWA SENJATA MERBAHAYA |
A09 | MENCABUL KEHORMATAN |
A10 | MENCEROBOH |
A11 | TUNJUK PERASAAN |
A12 | MERUSUH |
A13 | MEMBUNUH |
A14 | MEROGOL |
A15 | BERGADUH |
|
|
| PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN |
B01 | MEMILIKI / MENYIMPAN |
B02 | MEMBEKAL / MENAWARKAN |
B03 | MENJUAL / MENGEDAR |
B04 | MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM / MENGHIDU |
B05 | MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN |
|
|
| BULI |
C01 | BULI BAHASA |
C02 | BULI FIZIKAL |
C03 | BULI ISYARAT |
C04 | BULI PERHUBUNGAN |
|
|
| ROKOK |
D01 | MEMILIKI / MENYIMPAN |
D02 | MEMBEKAL / MENAWARKAN |
D03 | MENJUAL DAN MENGEDAR |
D04 | MENGHISAP |
| 1. Kali Pertama (1 Rotan) |
| 2. Kali Kedua (2 Rotan) |
| 3. Kali Ketiga ( 3 Rotan) |
| 4. Kali Keempat (Gantung) |
| 5. Kali Kelima (Buang) |
|
|
| PONTENG |
E01
| PONTENG SEKOLAH |
1. 3 hari berturur-turut atau 10 hari tidak berturur-turut | |
2. 10 hari berturur-turut atau 20 hari tidak berturur-turut | |
3. 17 hari berturur-turut atau 40 hari tidak berturur-turut | |
4. 31 hari berturur-turut atau 60 hari tidak berturur-turut | |
E02 | PONTENG KELAS |
E03 | PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM |
E04 | PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN |
E05 | PONTENG PREP |
E06 | PONTENG ASRAMA |
E07 | PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH |
E08 | PONTENG PERHIMPUNAN |
|
|
| TINGKAH LAKU LUCAH |
F01 | BERCUMBUAN |
F02 | BERKHALWAT |
F03 | BAWA BAHAN LUCAH |
F04 | MENGEDAR BAHAN LUCAH |
F05 | MENGINTAI |
F06 | MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH |
F07 | MELUKIS & MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH |
F08 | MENONTON VCD / FILEM LUCAH |
F09 | MEMELUK MURID LAIN JANTINA |
F10 | BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK |
|
|
| TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP |
G01 | BIADAP KEPADA GURU |
G02 | BIADAP KEPADA KAKITANGAN |
G03 | BIADAP KEPADA TETAMU |
G04 | BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID |
G05 | BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID |
G06 | MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN |
G07 | MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA |
G08 | INGKAR ARAHAN GURU |
G09 | INGKAR ARAHAN PENGAWAS |
G10 | MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA |
|
|
KESALAHAN VANDALISME | |
H01 | MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH |
H02 | MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA |
H03 | MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN |
H04 | MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS |
H05 | MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN |
H06 | MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH |
H07 | MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA |
H08 | MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT |
H09 | MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN |
H10 | MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN |
H11 | MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID |
|
|
TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH | |
J01 | PECAH AMANAH |
J02 | BERBOHONG |
J03 | TIDAK BERTANGGUNGJAWAB |
J04 | TIDAK JUJUR |
|
|
KENAKALAN | |
K01 | MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH |
K02 | MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA |
K03 | SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN |
K04 | MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN |
K05 | TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK |
K06 | MEMBAWA / BERMAIN MERCUN |
K07 | MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK |
K08 | KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN |
K09 | BERMAIN DALAM DORM |
K10 | MELANGGAR PERATURAN ASRAMA |
|
|
TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA | |
L01 | LEWAT KE SEKOLAH |
L02 | LEWAT KE PERHIMPUNAN |
L03 | LEWAT MASUK KELAS |
L04 | LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM |
L05 | LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA |
|
|
KEKEMASAN DIRI | |
M01 | BERKUKU PANJANG |
M02 | MEWARNA KUKU / BERINAI |
M03 | BERAMBUT PANJANG |
M04 | RAMBUT BERFESYEN |
M05 | BERMISAI / BERJANGGUT |
M06 | MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN |
M07 | PAKAI BARANG KEMAS |
M08 | MENCUKUR BULU KENING |
M09 | MEMAKAI ALAT SOLEK |
|
|
PENGLIBATAN POLITIK | |
N01 | PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK |
N02 | MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA |
N03 | MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK |
|
|
6.1.2 MARKAH
Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;
- Markah hendaklah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang diulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat.
- Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.
6.2 AMARAN DISIPLIN
Amaran Disiplin mestilah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut;
6.2.1 Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) – (AD1)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah.
Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.
6.2.2 Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) – (AD2)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.
6.2.3 Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) – (AD3)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah. Prosedur hukuman gantung sekolah adalah seperti berikut;
- Keluarkan Surat Pertuduhan (dari sistem)
- Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
- Serahkan Surat Pertuduhan Gantung.
- Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
- Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggantung atau tidak murid berkenaan.
- Jika dihukum gantung, gunakan borang dalam sistem untuk mengeluarkan Surat Hukuman Gantung
6.2.4 Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) – (AD4)
Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.
6.2.5 Buang Sekolah – (AD5)
Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. Prosedur hukuman buang sekolah adalah seperti berikut;
- Keluarkan Surat Pertuduhan buang sekolah (dari sistem)
- Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
- Serahkan Surat Pertuduhan buang sekolah.
- Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
- Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk membuang atau tidak murid berkenaan.
- Jika dihukum buang sekolah, gunakan borang dalam sistem.
6.2.6 Amaran-Amaran Lisan
Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku.
6.2.7 Hukuan Rotan – Kes Merokok
Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok.
6.3 PEMULIHAN
6.3.1 KERJA AMAL
Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada murid-murid.
Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;
- Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu persekolahan
- Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-pekerja / kakitangan sekolah.
- Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid
- Dikawal selia oleh guru
- Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah
6.3.1.1 JENIS KERJA AMAL
Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;
KERJA AMAL | |
KA01 | MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH |
KA02 | KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM DAN JAGA POKOK BUNGA DLL |
KA03 | KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERAT |
KA04 | KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMAS |
KA05 | KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAU-RAJIN/TERTIB/TEKUN |
KA06 | KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH |
KA07 | RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURU |
KA08 | MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS |
KA09 | MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHAS |
KA1O | MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH |
KA11 | MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH |
KA12 | MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA SEKOLAH |
KA13 | AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL) |
KA14 | AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN |
KA15 | PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAH AKTIVITI SEKOLAH |
KA16 | AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI |
6.3.1.2 MARKAH KERJA AMAL
Markah Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10. 3 bermaksud Kerja Amal yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah 10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat.
Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.
6.3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bimbingan dan Kaunseling merupakan elemen yang penting dalam usaha memulihkan murid yang bermasalah. Konsep bimbingan dan kaunseling di sini ialah aktiviti khusus dan berfokus kepada individu murid yang dikenal pasti sebagai bermasalah, dan bukannya aktiviti yang dibuat secara umum.
6.3.2.1 JENIS KAUNSELING
Pelbagai jenis aktiviti bimbingan dan kaunseling boleh dilaksanakan. Antaranya kaunseing individu dan kaunseling kelompok, yang berfokuskan murid bermasalah. Selain kaunseling individu dan kelompok, aktiviti lain juga boleh dilaksanakan seperti Kem Waja Diri.
6.3.2.2 PROGRAM LAIN (Sokongan)
Aktiviti sokongan juga perlu dilaksanakan, khususnya yang berbentuk pencegahan dan pemulihan. Setelah mengetahui masalah sebenar murid-murid langkah-langkah pemulihan dan pencegahan hendaklah diambil secara lebih drastik. Sebagai contoh, masalah ponteng kelas. Antara langkah pemulihan adalah kem khusus untuk murid-murid yang suka ponteng kelas. Di samping itu, langkah pencegahan juga boleh diusahakan oleh pihak sekolah.
Jadual pemarkahan e-Disiplin
FORMULA TANPA KERJA AMAL |
|
|
| ||
|
|
|
|
|
|
TAMBAHAN | JUMLAH |
|
|
| KAUNSELING |
MATA | MARKAH | TINDAKAN | KERJA AMAL | BAKI | (MIN) |
|
|
|
|
|
|
| 3 - 19 | AMARAN LISAN | |||
20 | 20 - 30 | AD1 | 0 | 20 | 1 |
10 | 31 - 40 | AD2 | 0 | 30 | 1 |
| 41 - 59 | PEMANTAUAN / BIMBINGAN | 3 | ||
30 | 60 - 70 | AD3 (GANTUNG) | 0 | 60 | 1 |
| 71 - 79 | BIMBINGAN INTENSIF | 2 | ||
20 | 80 - 90 | AD4 (T/S) | 0 | 80 | 1 |
20 | 100 | AD5 (BUANG) |
|
|
|
100 |
| 5 |
|
| 9 |
|
|
|
|
|
|
FORMULA DENGAN KERJA AMAL |
|
|
| ||
|
|
|
|
|
|
TAMBAHAN | JUMLAH |
|
|
| KAUNSELING |
MATA | MARKAH | TINDAKAN | KERJA AMAL | BAKI | (MIN) |
|
|
|
|
|
|
| 3 - 19 | AMARAN LISAN | |||
20 | 20 - 30 | AD1 | (-)20 | 0 | 1 |
30 | 31 - 40 | AD2 | (-)20 | 10 | 1 |
| 41 - 59 | PEMANTAUAN / BIMBINGAN | 4 | ||
50 | 60 - 70 | AD3 (GANTUNG) | (-)20 | 40 | 1 |
| 71 - 79 | BIMBINGAN INTENSIF | 3 | ||
40 | 80 - 90 | AD4 (T/S) | (-)20 | 60 | 1 |
| 90 - 100 |
|
|
| 3 |
40 | 100 | AD5 (BUANG) |
| ||
180 | 100 | 5 | 80 |
| 14 |
7 PERANAN PERSONEL
e-Disiplin menggariskan peranan setiap personel yang ada kaitannya dengan uruan disiplin sekolah
7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA
- Membuat keputusan/tindakan serta menandatangani surat gantung dan buang sekolah.
- Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
- Mengarah siasatan kes salahlaku.
- Mengarah SU Disiplin memanggil mesyuarat.
- Melapor/merujuk PPD/JPN bagi kes khas dengan segera.
- Mengarah murid menjalani kaunseling.
- Mengarah murid membuat kerja amal.
- Menandatangani surat pertuduhan.
- Menandatangani surat tunjuk sebab
- Menandatangani surat hukuman
- Menjatuhkan hukuman
- Berbincang dengan ibu bapa/penjaga
- Memantau pelaksanaan sistem e-Disiplin
7.2 PERANAN GPK HEM
- Menerima laporan daripada SU Disiplin bagi menandatangani surat amaran disiplin 1, 2 dan tunjuk sebab.
- Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
- Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa/ penjaga murid yang menerima surat amaran disiplin.
- Mengarah murid membuat kerja amal.
- Mengarah murid menjalani sesi kaunseling
- Bertindak sebagai Timbalan Pengerusi semasa mesyuarat Jawatankuasa disiplin.
- Mengambil tindakan terhadap maklum balas murid / penjaga.
- Memfailkan surat akujanji antara murid dengan pihak sekolah.
7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN
- Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
- Menyiasat kes salahlaku.
- Mengambil pengakuan murid /saksi/guru.
- Menerima atau menolak borang BSL setelah siasatan dibuat.
- Mencetak surat amaran disiplin untuk ditandatangani oleh pengetua/ Guru Besar/ Penyelia Petang/PK HEM.
- Mencadangkan murid menjalani sesi kaunseling dan kerja amal.
- Memasukkan maklumat salahlaku / kerja amal ke dalam sistem.
- Mengemaskini/simpan BSL.
- Memfailkan salinan surat amaran , akujanji yang telah dikeluarkan.
- Menyediakan analisa laporan bulanan/ tahunan.
- Menyelaras program disiplin sekolah
7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
- Menjalankan sesi kaunseling individu.
- Menjalankan sesi kaunseling kelompok.
- Menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok.
- Menjalankan sesi kaunseling intervensi
- Membuat lawatan ke rumah murid .
- menyelaraskan program pengukuhan murid seperti kem jati diri, ceramah dan lain lain.
- Memasukkan maklumat sesi kaunseling ke dalam sistem e-Disiplin
- Menyelaras program disiplin sekolah
7.5 PERANAN GURU
- Memantau salahlaku di kalangan murid.
- Memberi bimbingan kepada murid
- Mengisi BSL.
- Mengisi borang ponteng berterusan / berkala dan menghantar kepada SU Disiplin.
- Membantu tugas SU Disiplin.
- Menentukan jenis kerja amal, menyelia dan memberikan markah.
7.6 PERANAN MURID
1. Berkerjasama dengan semua guru.
2. Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan oleh SU Disipin Sekolah.
3. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.
4. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.
5. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.
6. Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah salah laku
7. Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah
7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.
2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila
pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak
sekolah atau hadir sendiri ke sekolah.
3. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anak
mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah.
4. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses
menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman Gantung
Sekolah.
5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah Pelajaan
Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah ke
atas anak mereka.
7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
1. Membuat siasatan kes-kes khas.
2. Menerima laporan kes-kes khas dari sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin
7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN
1. Menerima laporan kes khas dari Pejabat Pelajaran Daerah.
2. Menerima dan menyelesaikan kes-kes rayuan buang sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin.
7.10 PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK
1. Menerima laporan disiplin murid-murid daripada pihak sekolah
2. Berbincang dengan penjaga murid berkenaan
3. Memantau murid-murid berkenaan di kawasan masing-masing
4. Mengatur program berkaitan motivasi diri
8 OPERASI SISTEM
8.1 TERAS OPERASI
Sistem beroperasi secara automasi. Antara maklumat yang diperlukan oleh sistem adalah;
8.2 Maklumat murid (Diimport dari data SMM)
8.3 Maklumat guru
8.4 Maklumat salah laku (Borang Saman)
8.5 Maklumat kerja amal
8.6 Maklumat respon penjaga
8.7 Maklumat sesi kaunseling
8.8 Maklumat akujanji
8.9 KEUPAYAAN SISTEM
8.9.1 AMARAN DISIPLIN
Sistem memberikan petunjuk jika seseorang murid perlu dikenakan tindakan disiplin. Berikut ialah tindakan disiplin yang disediakan oleh sistem
a. Amaran Disiplin Pertama (AD1)
b. Amaran Disiplin Kedua (AD2)
c. Gantung Sekolah (AD3)
d. Amaran Akhir (AD4)
e. Buang Sekolah (AD5)
f. Hukuman rotan (Kes menghisap rokok)
8.9.2 TANDA RUJUKAN KAUNSELING
Sistem juga mengeluarkan tanda secara automasi jika seseorang murid perlu dirujuk kepada kaunseling.
8.9.3 MENCETAK BAHAN
Sistem menyediakan pelbagai bahan untuk dilihat atau dicetak;
a. Laporan Bulanan
i. Laporan kes disiplin
ii. Laporan jenis kes
iii. Laporan mengikut tingkatan
iv. Laporan penglibatan guru
v. Laporan tindakan disiplin
vi. Laporan kerja amal
vii. Laporan sesi kaunseling
viii. Laporan respon penjaga
b. Laporan Tahunan
i. Laporan kes disiplin
ii. Laporan jenis kes
iii. Laporan mengikut tingkatan
iv. Laporan penglibatan guru
v. Laporan tindakan disiplin
vi. Laporan respon penjaga
vii. Laporan kerja amal
viii. Laporan sesi kaunseling
ix. Laporan ponteng sekolah
x. Laporan pergerakan murid
xi. Laporan disiplin berdasarkan lokasi
c. Laporan lengkap disiplin seseorang murid
d. Senarai pelajar bermasalah
e. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)
f. Statistik disiplin
g. Senarai murid untuk rujukan kaunseling
h. Surat Akuan sahsiah murid
8.9.4 IMPORT / EKSPORT
Untuk memudahkan pengurusan disiplin, sistem menyediakan menu untuk mengeksport dan mengimport data.
9 PENUTUP
Pelaksanan e-Disiplin secara menyeluruh dan mantap pastinya dapat mengurangkan masalah disiplin, dan mewujudkan iklim sekolah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment