Thursday, February 11, 2010

Air Penawar " Azzubaidiyah" Proses Osmosis Berbalik


AIR ALKALI YANG TELAH DIRUQYAH
( anda boleh dapatkan info khasiat air alkali di bawah)



Berita baik untuk penduduk Langkawi khususnya!!!!


Saya dan beberapa sahabat lagi telah bekerjasama dengan syarikat ummi AGRO industry sdn.bhd untuk mengeluarkan satu jenama air penawar iaitu Air Penawar Azzubaidiyah" Air alkali yang telah dibacakan di dalamnya Ayat2 pilihan ,Yaasin,Ruqyah As-syariyyah dan doa-doa mathurat.

Oleh itu bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan air ini
(khusus untuk penduduk langkawi shj)

" Sedikit masa lagi insyaAllah kita akan buka pembelian untuk luar dari Langkawi,diharapkan para pelawat sentiasa mengikuti perkembangan terkini blog ini,jangan lupa daftar menjadi follower kami".

boleh dapatkan terus kepada saya ,di alamat :

tepi masjid kg.sg itau air hangat.
( di rumah tuan imam sg.itau)

SILA KLIK GAMBAR UNTUK PENJELASAN

harga sebotol : RM5.00
harga sekotak : RM80.00

Perhatian : bayaran adalah tunai !!!


untuk memudahkan pembelian sila hubungi :

017-4035375 ( sms shj ) us.zaki
017-5658384 ( sms shj ) us.shahir



Cara menggunakan air ini :

1- Pastikan air penawar ini diletakkan di tempat yang tinggi dan tidak
dilangkah.

2- Menghadap kiblat ( istighfar 3 x,Al-fatihah 1x,Ayat Kursi 9 waqaf 1x.
3- Selawat atas baginda SAW 3x.
4- Niat dalam hati untuk menyembuhkan penyakit.
5- Baca "Bismillah",Minum,sapu dan sembur anggota sakit atau kediaman.
6- Datangkan keyakinan dalam hati bahawa setiap penyakit ada
ubatnya,sembuh dengan izin Allah SWT.



Kelebihannya :

Air ini telah diruqyah dengan bacaan ayat-ayat rawatan yang mempunyai sandaran bertepatan dengan sunnah.

InsyaAllah berguna untuk merawat :

* penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus seperti Sihir,Kerasukan,Histeria,Jin,Saka dll.

* penyakit fizikal yang berpunca dari gangguan makhluk halus seperti darah tinggi,pening kepala,jantung berdebar,sukar untuk tidur,mengantuk,malas,rasa terancam,rasa dibenci,atau tidak disukai.sakit-sakit anggota atau sendi dan lain-lain lagi.

* pelembut hati,memudahkan belajar.

* untuk memagar rumah ,pejabat dan lain-lain lagi.


Jenis punca air : bekalan air paip yang dirawat.
Punca diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia.
No.Kelulusan : 9554100042152
isipadu minima : 500ml

" selain untuk kesembuhan anda telah membantu meningkatkan lagi ekonomi bumiputera"


Apa Kata Pakar Tentang Penggunaan Air Alkali

Sang Whang






penulis buku Reverse Aging

"Di sini satu proses penuaan yang ringkas. Setiap sel hidup di dalam tubuh kita menghasilkan bahan kumbahan. Khasiat daripada makanan yang kita makan dihantar ke setiap sel dan mereka dibakar dengan oksigen untuk memberikan tenaga untuk kita hidup. Khasiat - khasiat yang terbakar ini bertukar menjadi bahan kumbahan. Makanan, sama ada baik atau tidak untuk anda, adalah ditentukan oleh kuantiti dan kualiti kumbahan yang terhasil - toksik, asid, alkali, dan sebagainya. Sebahagian besar sel-sel tubuh melalui metabolisma dan sel-sel tua yang mati akan menjadi bahan kumbahan."

"Bahan kumbahan ini mesti dikeluarkan daripada tubuh kita. Sebenarnya, tubuh kita berusaha keras untuk mengeluarkan bahan kumbahan ini melalui kencing dan peluh. Semua bahan kumbahan adalah berasid; itu sebabnya kencing adalah berasid dan kulit juga berasid. Masalahnya ialah tubuh kita tidak dapat mengeluarkan 100% bahan kumbahan yang terhasil."

"Sebab utamanya adalah gaya hidup kita. Kita tidur lewat tetapi terpaksa bangun awal. Kita tidak prihatin untuk mendapatkan rehat yang cukup, kebanyakan di antara kita bekerja lebih masa. Dengan itu kita menghabiskan lebih banyak masa menghasilkan bahan kumbahan daripada mengeluarkan bahan kumbahan."

"Oleh kerana bahan buangan yang kita cuba keluarkan itu adalah berasid, air yang paling sesuai adalah air alkali. Nikmatilah apa juga jenis makanan yang kita suka, tetapi jangan makan secara berlebihan atau cuba mengasingkan sebarang jenis makanan. Makan dengan kadar sederhana dengan mengikuti konsep makanan seimbang, dan biarlah air alkali menjalankan tugasnya membersihkan bahan kumbahan. Jangan gunakan makanan untuk membersihkan bahan buangan, sehingga kita mengujudkan satu risiko kekurangan zat makanan atau ketidakseimbangan."

"Apa yang ingin saya tekankan ialah minumlah air alkali untuk mengeluarkan bahan buangan berasid , penyebab umum pelbagai penyakit... Perkara penting yang perlu diingat ialah kita menjadi tua kerana kita mengumpulkan bahan buangan berasid. Oleh itu, jika kita boleh mengeluarkan bahan-bahan buangan ini, kita boleh menyongsangkan proses penuaan. Malah kita boleh menghentikan simptom penyakit-penyakit dewasa dengan cara ini jika selagi belum ada kerosakan yang tidak dapat dipulihkan."


Dr. Theodore Baroody,
penulis buku Alkalize or Die

"Saya telah menggunakan lebih daripada 5000 gelen air alkali ini untuk hampir semua jenis masalah kesihatan. Saya rasa bahawa air alkali boleh memberi manafaat kepada semua orang."


Felicia Drury Climent,
Adjunct Professor, City College, New York,
penulis buku Acid Alkaline Balance Diet

"Selepas bertahun - tahun dengan kajian klinikal berterusan yang sangat positif ke atas beratus-ratus pesakit, saya berpendapat bahawa (air alkali) ini akan mengubah cara para pengamal kesihatan dan orang awam terhadap pendekatan keatas isu kesihatan mereka pada tahun-tahun yang mendatang. Cadangan saya ialah minumlah air alkali di mana-mana sahaja yang mungkin."


Dr. Sherry Rogers
penulis buku Detox or Die

"Air alkali membantu mengeluarkan sisa buangan asid di dalam tubuh. Selepas menilai kembali nasihat - nasihat saya kepada beratus - ratus individu, saya yakin bahawa keracunan di dalam bentuk sisa keasidan adalah sebab utama penyakit-penyakit peringkat usia tua


Dr. Susan M. Clark,
penulis buku The Chemistry of Success

"Meminum empat hingga enam gelas air alkali setiap hari akan membantu mengimbangi tahap keasidan... Air alkali seharusnya digunakan apabila timbul simtom keadaan keasidan yang berlebihan, seperti sejuk, selsema atau bronkitis. Air alkali, seperti Vitamin C, E dan Beta Karotena, bertindak sebagai antioksidan disebabkan kandungan elektron-elektron bebas yang banyak. Ini dapat membantu tubuh melawan terjadinya penyakit jantung, angin ahmar, sistem pertahanan tubuh yang lemah dan lain - lain masalah kesihatan."


David Niven Miller,
penulis buku Grow Youthful

"Meningkatkan penggunaan air paip berkualiti baik atau air bertapis boleh meningkatkan kesihatan anda dan memainkan peranan penting di dalam penyembuhan hampir semua jenis penyakit degeneratif. Bagaimanapun, air alkali mempunyai kesan jangka panjang yang sangat berfaedah kerana ia mengalkalikan badan anda dan memberikan antioksidan yang berkesan."


Harald Tietze,
penulis buku Youthing not Aging

"Dengan meminum air alkali, proses penuaan dapat disongsangkan dan sisa buangan boleh dikurangkan pada jangkamasa panjang kepada tahap seorang individu yang lebih muda. Fungsi-fungsi organ dapat disegarkan kembali."


Daniel Reid,
penulis buku The Tao of Detox

"Meminum air alkali adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi dan mengeluarkan semua toksin dan asid yang mengalir dari tisu dan cecair badan, dan dengan cepat menambah air dan mengekalkan kealkalian darah."


Dr. Robert Atkins
penulis terkenal, pakar pemakanan dan kesihatan.

"Sel-sel dan cecair dalam kebanyakan tubuh manusia... adalah terlalu berasid. Ini boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. Ia menghalang tubuh anda daripada mengimbangi dan membuang toksin beracun dan menjadikan anda lebih mudah diserang oleh pengoksidanan radikal bebas yang merosakkan sel yang kemudian menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit lain."


Dr. Ray Kurzweil & Dr. Terry Grossman
penulis buku Fantastic Voyage: Live Long Enough to Live Forever

"Proses metabolik menghasilkan sisa berasid, oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan bekalan alkali... Mengambil air yang betul adalah penting untuk membersihkan bahan buangan badan yang berasid dan merupakan satu daripada rawatan kesihatan yang paling efektif... Satu cara berkesan ialah dengan meminum air alkali... Kami mencadangkan anda minum air alkali sebanyak 8 hingga 9 gelas setiap hari. Ianya adalah antara cara yang paling mudah dan efektif yang anda boleh lakukan untuk melawan banyak jenis penyakit. Yang menariknya, ahli sukan professional Jepun meminum air alkali untuk meningkatkan prestasi"


Dr. Robert Young & Shelley Young
penulis buku pH Miracle Living

"Penyakit bukanlah mengenai sel atau tisu atau organ, ia adalah mengenai hidrasi dan kualiti cecair tubuh yang mengelilingi sel-sel yang membentuk tisu dan organ kita...Untuk mengekalkan keseimbangan semulajadi pH tubuh anda bagi kesihatan yang optima, minumlah air yang telah distruktur dan diionkan yang kaya dengan anti-oksidan dan mineral-mineral alkali. Air yang telah diionkan dapat membantu mengurangkan kesan pengumpulan asid di dalam tubuh, sumber kepada penyakit-penyakit degeneratif dan penuaan."


Dr. William Kelly
penulis buku Cancer Cure

"Air alkali ... telah menjadi perkembangan terpenting di dalam amalan kesihatan sejak penemuan penisilin oleh Sir Alexander Fleming."


Dr. Otto Warburg
penerima anugerah Nobel pada tahun 1931 untuk penemuan punca barah

"Semua sel-sel normal memerlukan oksigen, tetapi sel-sel kanser boleh hidup tanpa oksigen - tanpa sebarang pengecualian... Jika sel - sel tersekat daripada menerima 35% daripada jumlah oksigen yang diperlukan, ianya mungkin menjadi barah."


No comments:

Anda mungkin juga tertarik :

Related Posts with Thumbnails

MY ads

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts